BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 29, 2010

10 pesanan Rasullulah

Ada sepuluh pesan Rasulullah saaw yang mengajarkan kita praktis mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita . Mari kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan setan ;

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira".
2.Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".
3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".
4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :"Kejelekan- kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".
5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".
6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang" . Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".
7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu" . Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".
8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".
9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minum-minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".

Monday, April 26, 2010

semusim bersama seabad terasa..d3 3..~

tanggal 25.04.2010 ada jamuan di bilik..
pelbagai ragam dan gaya,keletah dan tawa kami bersama..
namun jauh di sudut hati,kesedihan merajai diri..
begitulah hakikat kehidupan,setiap petermuan pasti ada perpisahan..
itu takdirNya..tiada siapa dapat menghalang..
di akhir jamuan,masing-masing meluahkan apa yang terpendam..
diri begitu sedih..mengakui diri banyak kurangnya..
mengislahkan diri dan hati..
kerana siapa tahu saat2 panggilah Illahi..
kepada rakan-rakan,adik-adik dan kakak tersayang,
kenang diriku dalam setiap lafaz doa kalian..
semoga Allah merahmati perjuangan kita
dalam menimba ilmu,menempuh onak dan duri kehidupan,melangkah dengan keyakinan..
janganlah gusar dalam setiap ujianNya..itu adalah tarbiah utk kita sebagai hambaNya..
..لا تخف ولا تحزن ان الله معنا
semoga ukhuwah kita kekal selamanya..abadan abada....~
<>

irah-fyza

Saturday, April 24, 2010

AMALAN-AMALAN SUNAH

Assallamuallaikum...

Amalan-amalan sunah insyaAllah niat amal dan sampaikan.

1. KEUTAMAAN MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN
“Siapa yang mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun, dan siapa yang mengajak kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.” (HR. Muslim no. 2674)

2. AMAL MA’RUF NAHI MUNKAR
“Sesunguhnya ada dari umatku yang diberikan pahala seperti pahalanya generasi pertama, (hal tersebut karena) mereka mencegah kemunkaran.” (Silsilah Shahihah Juz IV/275)

3. BELAJAR AL QURAN DI MASJID
“Tidak berkumpul suatu kaum di salah satu rumah Allah yang di dalamnya mereka membaca Al Quran dan mempelajarinya, kecuali akan diturunkan kepada mereka ketenangan, dicurahkan rahmat dan dikelilingi oleh para malaikat serta Allah sebut-sebut mereka pada (makhluk) yang ada di sisiNya.” (HR. Muslim no. 1417)

4. MEMBERI SALAM
“Sesungguhnya yang pasti mendatangkan ampunan adalah mengucapkan salam dan pemberian yang baik.” (Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah Juz 3/29)

5. CINTA KARENA ALLAH
“Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat, ‘mana orang-orang yang saling mencintai karena kebesaran-KU, hari ini Aku naungi mereka pada saat tidak naungan selain naungan-KU.” (HR. Muslim, Shohihul Jami’: 1915)

6. MELINDUNGI SAUDARA (REKAN) KARENA ALLAH
“Siapa yang mengunjungi orang sakit atau mengunjungi saudaranya karena Allah , maka aka nada yang memanggilnya: ‘kebaikan buatmu dan perjalananmu, dan pesanlah tempat kamu di surga.” (HR. Tirmidzi no. 2008, dihasankan oleh Syaikh Al Albani)

7. MEMBANTU ORANG LAIN DAN MEMENUHI KEBUTUHAN MEREKA
“Siapa yang memenuhi kebutuhan saudaranya, niscaya Allah akan memenuhi kebutuhannya.” (Silsilah Al Ahadits Ash Shohihah: V/478)
“Sungguh jika saya berjalan bersama saudara saya yang muslim dalam rangka memenuhi kebutuhannya hal ini lebih saya sukai dari I’tikaf di masjid selama sebulan.” (Al Jami’ Ash Shohih:176)

8.MEMBAHAGIAKAN ORANG BERIMAN
“Sebaik-baik amalan adalah mendatangkan kesenangan terhadap saudaramu yang beriman, melunaskan hutangnya dan memberinya makan dengan sekerat roti.” (Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah Juz III/481)

9. MENOLONG ORANG DALAM MASALAH HUTANG
“Siapa yang menunda (pembayaran hutang) orang yang kesulitan atau menggugurkannya niscaya akan Allah berikan dia naungan pada hari tidak ada naungan selain naungan-Nya. ” ( Shohihul Jami’ no. 6160) “Siapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang kesulitan niscaya akan Allah berikan kemudahan baginya di dunia dan akhirat.” (Shohih Ibnu Majah: 2408)

10. MENUTUP AIB ORANG LAIN
“Siapa yang menutupi aib seorang muslim maka akan ditutupi aibnya di dunia dan di akhirat.” (Shohih Ibnu Majah Juz II/79)

Wasiat As-Shahid Syeikh Hasan Al Bana

• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.
• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

di mana cantiknya seorang wanita?


Sepasang mata yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

gadis kudung yang mulia..

Dikisahkan bahawa semasa berlaku kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israil, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T”

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.Sebaik sahaja anak gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan gadisnya sehingga putus.
Setelah dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah hidup orang kaya itu dengan menarik kembali segala harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang fakir miskin dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke satu rumah.
Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.
Ibu itu sangat tertarik dengan anak gadis itu dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut.
Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila telah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya, oleh kerana anak gadis itu telah kudung dan suaminya tidak tahu bahawa dia itu kudung, ibunya juga telah merahsiakan tentang gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.

Apabila suaminya melihat akan kelakuan isterinya itu maka dia pun berkata “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak bergitu pandai dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukannya dengan tangan kiri”

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.

Dengan tiba-tiba maka terdengar suara berkata dari sebelah pintu “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana kami, maka tidak ada halangan kami memberikan kamu kembali akan tangan kanan kamu itu”

Setelah anak gadis mendengar suara tersebut maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapat tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

1. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud “Sesiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormati aku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T dan sesiapa telah menjadi kemarahan tetamu, maka sesungguhnya dia telah menjadi kemarahan aku, dan sesiapa menjadikan kemarahan aku, sesunguhnya dia telah menjadi murka Allah S.W.T”

2. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu barakah dan seribu rahmat”.